"cukup sampai di sini sayang
relakan perpisahan ini"..
...gitu kot, sebahagian dari bait-bait sebuah lagu lama tahun 80an dendangan Malik Ridzuan, kalau tak silap.
Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, rasanya sudah tiba masanya untuk saya mengucapkan salam perpisahan untuk semua. Telah tiba masanya untuk saya berundur dari rumah yang telah selesa diduduki sejak 2 tahun yang lepas. Biarpun saya sedar yang blog ini bukanlah satu blog yang terhangat di pasaran, namun saya ingin mengucap salam dulu sebelum berangkat sebagaimana saya mula-mula masuk ke sini dulu.
Banyak benda lain yang perlu saya beri perhatian sekarang... suasana telah berubah dan kehidupan juga turut berubah. Banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan sebenarnya... tapi apakan daya, ianya terlalu peribadi untuk dicatatkan.. jadi, biarlah segalanya tertulis di dalam diari hati saya saja dan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah hidup saya.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang telah bersama-sama membantu saya mengharungi kehidupan melalui tulisan dan nasihat di blog ini.... terutamanya rakan-rakan AMTY dan PARIS... juga kepada rakan-rakan baru yang saya kenali melalui blog badrul~after~six... juga kepada insan-insan yang tidak saya kenali secara peribadi... terima kasih kerana sudi singgah. Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan senyap, jika ada,.. terima kasih juga kerana tersesat ke sini.
Saya memohon jutaan kemaafan juga andaikata segala tutur bicara dan susunan kata saya menyinggung perasaan sesiapa...secara sengaja ataupun tidak... segala yang baik itu adalah dari ALLAH SWT, dan segala yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri.
Untuk semua yang pernah mengenali saya secara peribadi... salam persahabatan yang kekal abadi dari saya, hubby dan anak-anak - terima kasih kerana menerima kami dengan baik selama ini. Setiap kenangan yang ada akan kekal terpahat di hati buat selamanya. Saya cuma tiada di sini... tapi hati saya tetap dekat dengan semua.
Apapun, saya masih buleh dihubungi melalui aliaqila@yahoo.com dan nombor telefon saya juga masih kekal yang sama... silalah... semoga persahabatan ini terus berkekalan, insyaALLAH.
Posted at 01:40 pm by shamina
Permalink